Selamat Tahun Baru 2010
_______________Salam 1 Malaysia, Malaysia for All!______________
POLITICAL THINKING !________________________________________________________________________________________________________ 1)What is most important@priority in way of political thinking nowdays interms of party / government for youth community? BENEFIT FOR PERSON ITSELF or LOYALTY TO PARTY ________________________________________________________________________________________________________ 2)BARISAN NASIONAL vs. PAKATAN RAKYAT?_____________ Which is the most logical / suitable for 'rakyat' nowdays.
______________Salam 1 Malaysia, Malaysia for All!_______________
Selamat Tahun Baru 2010

Saturday, January 2, 2010

Allah itu tuhan seluruh umat Manusia

Dari meja moderator: Thanks to networkedblogs.com/p22846242
Pertama kali Rasulullah dengar nama Allah adalah dari mulut seorang pendita Nasrani dan ketika menjadi Nabi, Rasulullah tak pernah halang kaum Yahudi dan Nasrani guna nama Allah dalam kitab mereka, kerana itu tidak sedikit pun melemahkan akidah Umat Islam, tetapi Rasulullah tegaskan perlaksanaan hukum Islam, kerana itu adalah arahan Allah.

Jika Umno benar-benar kata umat Kristian tak boleh guna nama Allah, kita cabar mereka agar Kitab Injil dalam apa jua bahasa yang ada menyebut perkataan Allah diharamkan dinegara ini.

Umno sudah memerintah lebih 50 tahun dan kitab Injil yang digunakan dinegara ini sudah lebih 50 tahun gunakan nama Allah berkali-kali didalamnya, tapi kenapa Umno tak haramkan? kenapa ahli umno tak berdemo depan gereja selama ini?

Bila hari raya, deepavali dan Krismas Umno sanggup nak kongsi dengan mereka sedangkan itu lebih merbahaya dari segi akidah kerana kita mencampur baurkan amalan kita dan mereka dalam satu upacara pesta.

Orang yang benar-benar memahami Islam tidak akan kecoh pasal hal ini, kerana Akidah Islam tidak akan rosak bila orang bukan Islam menyebut Allah itu tuhan mereka juga.

Umat Islam berhak untuk marah kalau perkataan atau nama Allah digunakan untuk merujuk binatang, manusia atau apa jua makhluk, tapi kita janganlah melenting tak tentu pasal kalau orang Kristian kata Allah itu Tuhan, kerana itulah kedudukanNya yang sebenar.

“Pendirian kami (PAS), siapa pun pihak hatta umat islam sendiri pun sekiranya hendak menggunakan kalimah Allah, hendaklah menggunakan dengan penuh hormat tanggungjawab bukan menggunakannya dalam maksud mempersenda, mempermain, mengambil mudah dengan kalimah tersebut”, -Ust Nasaruddin Tantawi, Ketua Pemuda PAS.

Orang kristian percaya ada 3 tuhan dan salah satunya Allah…bagi kita Allah itu yang Maha Esa tiada dua, tiada tiganya!

Kita tidak menerima tauhid Kristian. Itu kepercayaan mereka yang dibina atas dasar tidak mengetahui bukan kerana mereka ingin persendakan.

Kita kena jelaskan mereka dengan hujah yang betul bukan mengharamkan mereka mereka menyebutnya. kalau nak haramkan patut haramkan mereka sebut “Messiah anak Allah” bukan haramkan mereka kata Allah itu tuhan kerana Allah itu memang tuhan.

Saya lebih setuju kalau Kementerian Dalam Negeri (KDN) haramkan mereka merujuk Messiah atau jesus atau Isa itu anak Allah dan juga Maryam itu Isteri Allah, itu lebih spesifik. Maka tuntutan pengharaman itu kena jelas bukannya umum. Saya amat setuju dengan perbahasan Ust Taib Azamuddin diparlimen dalam hal ini, kerana ia menuntut penjelasan yang lebih terperinci terhadap garis panduan KDN.
Ketahuilah bahawa semakin ramai yang tahu Allah itu tuhan yang esa, maka berbanggalah kerana mereka sudah mengiktiraf Allah sebagai tuhan kita. Sedarlah bahawa Allah itu tuhan bagi sekalian manusia dan alam ini, bukan untuk orang Islam sahaja. Kita digelar orang Islam kerana kita tahu perkara ini dan kita hidup untuk menyembahnya.

Kita berdoa semoga Allah beri hidayah kepada kaum-kaum yang sesat ini untuk memeluk Islam.

Analisis Kemampuan Kerajaan (BN)

Dari meja moderator: Salam 1 Malaysia, Salam tahun baru 2010, Salam Muhibbah. Melangkah ke era abad baru merupakan satu cabaran yang besar untuk pemerintah negara, ia merangkumi menjaga kebajikan rakyat, memacu ekonomi negara, menguruskan kemampuan kewangan negara, menjaga kestabilan antara kaum, dan yang paling penting menghalang kemaraan musuh utama politik kerajaan/BN, iaitu tentera-tentera pimpinan DSAI dalam pakatan rakyat.

Secara analisis kemampuan antara BN dan PR, jentera kerajaan dilihat gagal menyerlah dalam menangani ancaman jentera pembangkang walaupun menggunakan keseluruhan media elektronik dan majoriti media cetak. Ini dapat dibuktikan dengan keputusan PRU-13 dimana keyakinan rakyat terhadap kerajaan terjejas disebabkan kebijaksanaan jentera pembangkang mengucarkacir dan memainkan isu-isu serta sentimen yang sensitif.

Rakyat melihat kerajaan gagal menjawab beberapa isu 'panas' yang diutarakan oleh pembangkang melalui media 'baru', internet. Walaupun bahan dan kaedah yang terhad, kesan kemampuan PR cukup berkesan, satu demi satu keyakinan rakyat digugat. Kemampuan kerajaan juga bergantung kepada sikap bijak dan jujur menteri dan ahli-ahlinya dalam menjalankan kerja. Rakyat sudah jelak melihat sesetengah sikap menteri yg tidak berintegriti. Sebagai contoh sekiranya harga gula & beras naik, "ada menteri suruh rakyat makan ubi dan kurangkan penggunaan gula", ini adalah jawapan menteri yg tidak bijak dan memalukan. Rakyat juga meluat dengan strategi kerajaan "rajin" mengadakan kenduri penyerahan kunci rumah dan bantuan bila tiba musim pilihanraya.

Tidak dinafikan, kemampuan kerajaan menguruskan negara cukup hebat, tetapi kehebatan itu gagal menandingi skandal yang berprofil tinggi, isu Kapal selam, enjin jet hilang, kebebasan suara yang disekat, cukup enak dilaukkan oleh pihak pembangkang. Mana pergi suara-suara pembela rakyat? dalam hal sebegini ternyata kerajaan menggigil berdepan rakyat, jentera penangkis BN ternyata tidak bijak dalam berdepan muslihat dan ambil peluang pihak pembangkang.

BN juga berdepan dengan polimik masalah dalam yg serius. Masalah MCA ternyata menyentap keyakinan masyarakat cina. Boleh dikatakan majoriti kaum cina kini beralih ke haluan kiri kerana mereka melihat MCA gagal membela kaum mereka dan terlalu mengampu kepada UMNO berbanding DAP yang lantang berani mempertikaikan hak orang Melayu. ini sekaligus menaik semangat perkauman kaum cina.

Kreabiliti DSAI ternyata sukar digugat walaupun tiba-tiba "timbul cerita kononnya beliau meliwat SB", kebijaksanaannya dalam mengupas sesuatu isu terus-menerus melekat dihati penyokongnya yg kini semakin bertambah. Orang kuat DSAI iaitu Nik Abdul Aziz ternyata bukan calang2 individu, beliaulah yg boleh dikatakan penangkis segala asakan kerajaan terhadap pembangkang dengan dalil2 dan nas-nas yg sememang tidak berupaya dilakukan oleh pemimpim umno.

Kewujudan SPRM sebenarnya tidak memberi sebarang makna kepada ranking Malaysia yg semakin hari semakin meningkat sebagai antara negara yg paling byk rasuah. Persoalannya? adakah rakyat yg berasuah ataupun pemimpin? sesungguh rasuah itu wujud samada di pihak kerajaan mahupun pembangkang, tetapi malangnya disebabkan BN yang tadbir negara, secara tidak langsung ia menggambarkan perihal sebenar kerajaan hari ini. Itulah gambarannya akibat daripada sikap kerajaan yang gagal menangkis asakan dan persoalan yg dimainkan oleh pembangkang.

Sekiranya kerajaan BN terus bersikap begini, tidak mustahil pemimpin haluan kiri akan mengambil alih kerusi pejabat di Putrajaya, dan jangan merungut sekiranya hak keistimewaan kaum Melayu hilang kerana pembangkang lebih mengamalkan sistem republik dan inilah penyebab utama kaum cina menyokong pembangkang. Diharap umno akan bangun dan berjuang untuk rakyat terutama hak orang Melayu, berjuanglah dengan jujur, bukan dengan hipokrit.

:"sedarilah asal-usul kita, jangan kita meminta lebih dari apa yang ada":

Tuesday, March 31, 2009

Malay dominance and rights

Thanks to Deborah Loh (TheNutGraph)





Mukhriz Tun Mahathir
"Berani Berubah"

Sunday, March 22, 2009

MAJLIS PERWAKILAN KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

  • MAJLIS TERTINGGI MPKLKM

Pengerusi: ADLI BIN MAHAMAD ISHAK

(Universiti Malaysia Terengganu)

Timb. Pengerusi: SYAFIK ASYRAF BIN HARIS

(Kolej Universiti Insaniah)

Setiausaha: MUSTOFA BIN AHYAR

(Universiti Malaysia Terengganu)

Bendahari: MUHAMMAD HANAFI BIN MD.YUNOS

(Universiti Darul Iman)

  • MAJLIS EKSEKUTIF MPKLKM

Zon Utara: MOHD HELMI BIN ABDUL KARIM

(Kolej Universiti Insaniah)

Zon Tengah: AHMAD KAMIL B. YUSOFF

(Universiti Perguruan Sultan Idris)

Zon Tengah: MOHD HILMI BIN MAT SAAD

(Management & Science University)

Zon Tengah: AHMAD FARID B. ALI MADINAH

(Kuala Lumpur Infrastructure University College)

Zon Tengah: MOHD AZMIL BIN AZIZAN

(Universiti Tenaga Nasional)

Zon Selatan: MAHAREDZA

(Universiti Teknologi Malaysia)

Zon Timur: MOHD HAMZI FAHMI B. NAWI

(Universiti Darul Iman)

Friday, March 20, 2009

Hidup Melayu!

Kami setuju tanpa ragu-ragu bahawa kedudukan, martabat dan maruah orang Melayu kini kian terancam. Rakyat Melayu marhaen berada dalam posisi yang membimbangkan kerana semakin tertindas dan terpinggir dari segi ekonomi dan politik. Namun, soalnya, siapa yang menindas dan meminggirkan umat Melayu? Orang Cina? Kaum-kaum 'pendatang' lain yang sudah terlalu lama menjadi setinggan di Tanah Melayu? Parti Cinakah yang memimpin Malaysia semenjak Merdeka lima puluh tahun lalu sehingga sekarang? Apakah orang 'pendatang' yang menjawat jawatan tertinggi dari hari pertama Malaysia merdeka? Kesusahan yang dihadapi oleh orang Melayu sekarang sebenarnya kesusahan yang dihadapi setiap rakyat Malaysia pada saat gentar ini - ekonomi negara yang meleset, harga barang yang melambung, ketidakpedulian kerajaan dan pihak-pihak berkuasa terhadap cabaran yang dihadapi mereka setiap hari. Punca masalah-masalah ini bukanlah perbezaan warna kulit atau agama; puncanya adalah pemimpin-pemimpin yang sanggup menggadai maruah rakyat dan bangsa untuk memperkayakan diri sendiri. Setelah lima puluh tahun berleluasa tanpa kawalan, pemimpin-pemimpin Umno telah mengabaikan cita-cita murni pejuang-pejuang kemerdekaan kita untuk membina Malaysia yang aman dan makmur untuk semua.

Polemik kaum

Tangan di depan menghunus keris kononnya untuk mempertahankan hak-hak Melayu, tangan di belakang merompak tanah Melayu, merompak saham Melayu, merompak sara hidup Melayu. Budaya rasuah kini meracuni setiap lapis pimpinan parti yang ditubuhkan untuk mengharumi masa depan bangsa sehingga laungan sahaja berbunyi "Melayu!" tetapi hati berbisik "Saya dahulu!" Sejarah dunia menyaksikan polemik kaum disalahgunakan pelbagai pihak - mahupun di Bosnia, Rwanda dan sebagainya - untuk mengutarakan nafsu politik yang rakus. Api perkauman dinyalakan demi menghasut rakyat jelata antara satu sama lain; namun amat mudah untuk menjadikan orang yang berlainan warna kulit punca kesengsaraan satu bangsa. Sebagai generasi baru Malaysia, kita perlu sedar kepada kebenaran dan menembusi ilusi yang dicipta oleh golongan yang berkepentingan. Kesedaran ini boleh dikatakan susah untuk rakyat Malaysia, yang telah sekian lama diajar oleh kerajaan Barisan Nasional untuk melihat setiap masalah sosial dan isu politik dari sudut perkauman. Parti-parti politik yang berasaskan kaum sahaja akan terperangkap selamanya dalam wacana sempit di mana dosa-dosa dan penyelewengan individu-individu disembunyikan di belakang tabir perkauman. Buktinya jelas; Umno sendiri mengakui bahawa tiga puluh tahun selepas perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, sasaran-sasaran untuk pembangunan taraf ekonomi Melayu masih gagal dicapai.

Hidup mewah

Adakah ini kerana orang Melayu sebenarnya malas manakala kaum-kaum lain rajin? Penjelasan ini tidak munasabah. Dengan jumlah penyelewengan sehingga berbilion-bilion ringgit oleh ahli-ahli politik Barisan Nasional, tidak hairan Dasar Ekonomi Baru gagal sama sekali. Dasar yang diasaskan dengan matlamat membangunkan rakyat Melayu marhaen diselewengkan sehingga hanya kelompok kecil sahaja yang memperoleh keuntungan dari dasar-dasar tersebut. Sehingga hari ini, mustahil ternampak seorang pemimpin tinggi Umno yang tidak hidup mewah dengan mahligai dan kereta-kereta besar. Jelas, nasib Melayu tidak semestinya terbela oleh parti-parti politik yang bertopengkan nama Melayu sahaja, tetapi oleh pemimpin-pemimpin tanpa mengira kaum yang jujur dan berwibawa. Maruah bangsa Melayu hanya dapat dijamin apabila parti yang terbukti gagal mengangkat martabat bangsa diganti dengan saf pimpinan yang baru. Keputusan pilihanraya umum Mac 8 juga jelas menunjukkan bahawa rakyat jelata sedia menolak politik perkauman yang digunakan untuk menutup budaya rasuah yang telah menghancurkan ekonomi negara dan membebani rakyat. Sedihnya, golongan politik yang telah mengekalkan sistem ini yang bankrap moralnya kini enggan melepaskan kuasa dan menerima pilihan rakyat. Mereka berdegil dengan memainkan politik perkauman yang telah jelas ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya umum ke-12. Pada bulan Mac, orang Melayu tidak takut untuk mengundi DAP dan orang bukan Islam tidak takut untuk mengundi PAS. Keberanian mengundi sedemikian, walaupun isu-isu perkauman masih dimainkan oleh Barisan Nasional, adalah kerana rakyat berikhtiar untuk merealisasikan harapan untuk membentukkan sebuah Malaysia di mana kepentingan rakyat dipelihara; harapan bahawa dengan kerajaan yang telus dan prihatin akan melahirkan sebuah Malaysia yang mana semua rakyat terbela. Di bawah pimpinan Umno, tidak kira ideologi asal yang kini sudah tercemar dan terabai, orang Melayu akan terperangkap dan tidak mungkin maju dan berdikari. Parti-parti yang berulang-ulang terbukti gagal menjaga kedudukan orang Melayu di mata dunia harus diganti sebelum terlambat.

Thursday, December 25, 2008

Brotherhood Bowling KLKM


PLACE : SOUTH CITY BOWLING CENTRE

DATE : 2 JANUARY 2009

TIME : 8.00 PM

MEMBERS : 5 PLAYER / TEAM

GAME : 3 GAME CHALLENGE

FEES : RM25 / TEAM

PRIZE : WINNER TEAM -PLATE

kepada ahli-ahli KLKM Uniten, anda dijemput untuk memeriahkan acara ini demi mengukuhkan keakraban dan penyatuan KLKM Uniten. Dalam KLKM Uniten, kita semua adalah satu 'family' dan bersaudara tanpa ada taraf sebagai ahli, peserta atau pemimpin. lepas main, kita pergi makan beramai-ramai. semua dijemput hadir demi masa depan KLKM Uniten.

For further information, plz contact:
ex-officio - azmil
timb pres2 - joni


'ALL FOR ONE, ONE FOR ALL'

Sunday, December 21, 2008

Dimana hak kebajikan pelajar?

Dari meja moderator: askum para sahabat uniten dan rakan-rakan sekalian. sudah lama rasanya jari ini tidak menulis dari dasar hati. bagi rakan-rakan diuniten, minggu ini merupakan minggu keempat semester ini, dan sepanjang empat minggu dalam semester ini banyak masalah yang timbul di uniten.

Bagi penulis, kebanyakkan undang-undang yang dibuat oleh pihak universiti adalah untuk satu pihak sahaja, tanpa mendapat persetujuan seluruh pelajar kampus. ini terbukti, jika dahulunya saman yang dikeluarkan pihak keselamatan terhadap sesuatu kenderaan adalah RM30 bagi satu surat saman, kini saman yang dikenakan adalah RM50 bagi satu petak dalam surat saman. kebiasaannya, pihak keselamatan akan menanda untuk 2 kotak dalam surat saman, ini bermakna pelajar terpaksa membayar RM100 bagi setiap saman yang dikeluarkan. adakah ini berpatutan?......(fikir-fikirkan).

Bagi penulis, kebajikan pelajar yang membawa kenderaan ini berada dalam dilema, yang lebih diutamakan adalah pensyarah. mungkin pihak universiti lupa yang pelajar adalah 'customer' universiti. bayangkan jika pelajar-pelajar ini menukar universiti, tentunya padah jadinya,jadi?....(jgn pikir diri sendiri). sudahlah hak parking pelajar diambil alih oleh pensyarah (coe), ini menyebabkan parking tidak cukup. walhal bilangan kereta pensyarah yang parking ditempat tersebut hanya mampu dibilang dengan jari. ini menyebabkan pelajar terpaksa berebut mencari parking. dan yang terkini, pelajar yang parking diarea bn akan disaman, sebagai pelajar,...dimana lagi hendak kami parking?...dan tentunya dengan mudah pihak keselamatan mendapat keuntungan daripada situasi ini.

Kepada pihak universiti, tolong pikir masalah pelajar,sebagai pelajar, kita semua ada hak bersuara. mak bapa bagi duit untuk kita membayar yuran pengajian, bukan membuang duit dengan membayar saman yang mahal (melebihi kadar saman PDRM), tidak ada satu pon akta 'black n white' yang dikeluarkan mengenai kenaikan saman, dan pihak keselamatan hanya menaikan sesuka hati tanpa ada pemberitahuan dan perbincangan dengan pelajar.so? MPP, plz fight for us, don't let we fight with u, jalankan kuasa yang telah diberi. harap pihak universiti memikirkan tentang nasib pelajar, jangan hanya memikirkan untuk mencari sumber kewangan daripada situasi ini, dan membelanjakan wang kepada program yang pada pandangan saya, hanya membazir seperti 'rowing invitation' dan 'majlis alumni' yang terlampau 'grand'. lebih baik gunakan duit universiti yang sudah tidak seberapa untuk menjaga kebajikan pelajar seperti memperbesarkan parking dan menambah baik lab-lab coe.

Wednesday, December 3, 2008

(updated news) Baktisiswa Perdana Uniten

(updated news)


- program anjuran pelajar-pelajar uniten dan terbuka untuk semua pelajar ini merupakan siri seterusnya baktisiswa uniten tetapi akan digerakkan dalam bentuk pengisian yang berbeza dari baktisiswa yang terdahulu.

- antara aktiviti yang akan dijalankan : keluarga angkat,bersama nelayan,bersama pesawah,lawatan pelancongan,lawatan rasmi,kenduri kampung,fasilitator,forum,bengkel akademik,bengkel bersama TNB,malam kebudayaan,gotong-royong, dll.

- pra-baksis akan dijalankan dalam semester 1, 2009.

- semester 1, 2009 (after final exam)

- sijil,baju koporat,pengangkutan disediakan.

- tempat: Kedah Darulaman

LIPUTAN/RAKAMAN: TV3, REMAJA, MEDIA CETAK


Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

(Syafeeq-Pres MPP)
(Aliff-MPP)
(Azmil-Penasihat KLKM)
(Shuk-Pres SRM)
(Muhammad-Pres Amanah)

.....................................................................................

Najib tidak semestinya PM, Abdullah masih berminat?

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu bahawa wujud desas-desus bahawa walaupun Dato' Seri Najib Tun Razak bakal menjadi Presiden Umno,tidak semestinya beliau akan jadi Perdana Menteri malah dikatakan dikatakan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawimasih berminat meneruskan jawatan Perdana Menteri.

Situasi itu katanya tidak mustahil akan berlaku jika diambil kira sikap pemimpin dan ramai ahli Umno yang tidak akan menentang Abdullah kerana amat selesa dengan kepimpinan beliau dan mendapat 'nikmat' tertentu darinya.

Sebelum itu, Mahathir menjelaskan dalam laman blognya bahawa adalah satu tradisi sahaja Presiden Umno akan menjadi Perdana Menteri jika Barisan Nasional menang dan menjadi parti yang terbesar dalam Parlimen sedangkan katanya jika diberi kepercayaan oleh majoriti ahli Dewan Rakyat, yang bukan Presiden Umno dan Pengerusi BN juga boleh jadi Perdana Menteri.

"Dalam parti-parti lain di Malaysia terdapat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang tidak terdiri daripada Presiden parti. Demikian juga Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah Presiden PAS, yang menjadi Menteri Besar ialah Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Dalam DAP sementara pemimpin besarnya ialah Lim Kit Siang tetapi dia tidak jadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Keadaan yang sama terdapat dalam parti Keadilan di Selangor. Bahkan jika ketua Pakatan ialah Dato' Seri Anwar Ibrahim, dia tidak mengetuai mana-mana Kerajaan yang dikuasai oleh Pakatan," katanya dalam blognya itu.

Dalam pada itu, beliau mendakwa bahawa Umno sudah jadi parti pimpinan ramai perasuah dan jika Umno menang bersama BN, maka yang bakal memerintah Malaysia ialah orang yang menjadi Perdana Menteri dan Menteri melalui rasuah.

"Dan mereka ini tetap akan amalkan rasuah dalam Kerajaan untuk dapat balik "pelaburan" mereka dan lebih daripada itu.

"Jika rakyat Malaysia ingin elak daripada nasib buruk ini menimpa negara, rakyat perlu beritahu UMNO dan kepimpinannya awal-awal lagi iaitu rakyat akan tolak UMNO jika orang yang diketahui umum terlibat dengan rasuah dipilih sebagai pemimpin UMNO pada pemilihan Majlis Tertinggi Mac 2009," katanya